Thursday, November 20, 2014

Thursday Text: SANDOKAN LANUN MALAYSIA, by Emilio Salgari

Today, I'd like to share from page 79 of Sandokan by Emilio Salgari, recommended by my Italian friend from Venice. If you're interested about the background of how I came to know about this book, please check out my previous posts (here and here).

I have decided to post regularly on every Thursday a section of non-English books that I'm currently reading. For this week, I will begin with this one. I hope you'll enjoy it! This is in Malay, a language I'm fluent in. If you're unfamiliar with the language, especially my non-Malaysian readers, you will now get a feel of it...



BAB 9
PERTEMPURAN

Muara sungai membentuk pelabuhan semula jadi yang terlindung daripada badai laut oleh rentetan terumbu dan tebing pasir. Pokok sagu, mempelam, serta kebun pisang yang sarat dengan buah yang masak ranum meminggiri pesisir pantai; di sebalik pokok itu, berkericau ungka dan kera yang bergayutan pada pokok gambir, sirih dan kapur barus.

Pelbagai jenis kapal berlabuh di sungai itu. Perahu Melayu, Bugis, Borneo dan Makassar, jong besar milik orang Jawa yang layarnya beraneka warna, jong Cina yang besar dan sarat, serta kapal Belanda dan British yang kecil. Sesetengahnya sedang memunggah barang muatan sementara yang lain menunggu masa yang sesuai untuk belayar.

Orang Dayak berderet-deret menjala ikan di sepanjang terumbu dan tebing pasir. Sekawan burung albatros dan burung simbang terbang bersimpang-siur di teluk itu.

Sebaik-baik sahaja Hegoland melabuhkan sauh di tengah-tengah sungai, Sandokan mengamat-amati kapal yang ada di sekelilingnya. Matanya tertumpu pada sebuah skuner kecil yang dilengkapi senjata kira-kira tiga ratus meter dari muara sungai. Kedudukannya menghalang setiap kapal yang hendak masuk ke situ.

Setelah diamatinya dengan teliti, wajahnya berkerut dan dia menyumpah dengan perlahan.

***

P/S: For more updates, LIKE me on my Facebook pages at Alice Teh and The Weekend Traveler, OR FOLLOW me on Twitter and Instagram. See you there!