Thursday, May 07, 2009

Sungai Mengalir Lesu

(Please refer to the Comments section for the review in English)

Sungai Mengalir Lesu
Penulis: A. Samad Said
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Penerbitan: 1997
ISBN: 9836233687
166 mukasurat

Sinopsis Buku: Sungai Mengalir Lesu adalah antara segelintir karya sastera yang sempat merakamkan satu fasa dekad terpenting dalam kehidupan bangsa kita. Pengalaman getir kehidupan sekumpulan manusia di sebatang sungai turut menjadi lambang kesengsaraan umum rakyat Malaya pada zaman Perang Dunia Kedua. Kisah lara sekumpulan insan ini menunjukkan betapa durjananya kesan dan bencana perang terhadap manusia, dan betapa wajarnya kita menghindarinya daripada berulang semula. Di samping sebuah karya sastera, Sungai Mengalir Lesu juga sebenarnya adalah satu himpunan dokumentasi sejarah sosial yang amat berharga.

Translation of Synopsis: Sungai Mengalir Lesu is a rare literature that records one of the most important phases of our nation. The bitter life experience of a group of people living by the river becomes the symbol of suffering to the citizens of Malaya during the World War II. This grief-stricken tale shows how devastating are the effects of war on mankind, and we must prevent history from repeating itself. Besides being a literary piece, Sungai Mengalir Lesu is, in fact, a priceless documentation of the social history.
Mak Buruk menarik nafas dalam bilik bercahaya bulan itu. "Jumaat," katanya penuh perasaan, "di mana agaknya awak. Kenapakah Jepun ni kejam sangat? Kalau nak ambil pun ambillah orang yang tak ada tanggungan." Dengan tidak dipaksa-paksa, air mata pun mengalir dari kelopak matanya. (Translation: In the room illuminated by moon light, Mak Buruk took a breath. "Jumaat," she said emotionally, "where are you? Why are the Japanese so cruel? If they want to capture people they ought to take those without dependents." Tears just rolled from her eyes.)

Air sungai itu mengalir dengan malasnya. Sudah tiga hari airnya kuning teh susu, tetapi hari ini ia berbalik sehitam-hitamnya. Sesudah berkurung beberapa hari, beberapa orang budak antara tujuh hingga lima belas tahun, merasa terlepas semula dari penjara shelter, dan sedang berlumba-lumba mengejar tin-tin, botol-botol dan kulit kayu balak yang hanyut, menjadikan airnya kalau tak lesu saja itu beriak-riak sejenak. (Translation: The river flowed lazily. It was milk-tea yellow for three days, but today it was black. Having been stucked in the shelter for a few days—a few boys aged between seven and fifteen, as if escaped from prison—chased the floating cans, bottles and wood bark, making the sluggish water rippled slightly.)
Mak Buruk yang tua dan uzur, Tuminah seorang janda muda, Dalim adik Tuminah, Zainab gadis berusia belasan tahun yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang tiga kali usianya, Tompang yang buta, Basir yang bertanggungjawab membawa makanan kepada Tuminah dan menidurinya sebagai balasan, merupakan beberapa watak yang terpaut dalam fikiran saya walaupun telah lama habis dibaca buku ini.

Air mata turut membasahi pipi apabila saya terkenang derita sekumpulan orang ini akibat peperangan. Saya asyik bertanya mengapa harus begini, sama seperti Mak Buruk yang bertanya soalan yang sama. Bukan saja Mak Buruk yang terseksa, malah ramai lain yang kehilangan suami, ibu bapa, dan orang kesayangan masing-masing. Saya bersyukur tidak perlu mengharungi pengalaman perit begini dan berharap agar dunia tidak perlu juga. Orang-orang yang tidak bersalah kerap buta-buta menjadi mangsa.

Dalam buku Sungai Mengalir Lesu, penulis A. Samad Said menumpukan perhatian terhadap beberapa orang ini dan bagaimana mereka menjalani hidup penuh ketakutan dan kelaparan. Tetapi dalam keadaan sebegini, ada juga gelak-ketawa terutamanya budak-budak yang selalu bermain di sungai yang amat kotor itu. Setiap orang mempunyai kisahnya sendiri. Mereka berkongsi shelter yang sama sewaktu serangan udara berlaku. Mereka berlindung daripada bom-bom yang digugurkan oleh pesawat British B24 dan B29 yang cuba mengalahkan pihak Jepun dan merampas kembali Singapura. Serangan bom ini tidak bermata dan tidak mengenal mangsa.

Saya juga berasa amat terharu membaca perbualan dua sahabat, Mulyadi dan Irwan. Mulyadi yang sakit tenat dengan tokaknya yang semakin membesar menyampaikan "wasiat" dan hasratnya kepada Irwan agar mencari isteri dan anak perempuannya serta memberitahu mereka sekiranya dia meninggal dunia. Tersedu saya di dalam tandas pejabat ketika membaca bahagian itu. Saya tidak tertahan lagi apabila tiba ke mukasurat-mukasurat terakhir.

Buku ini dipinjam daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Sebuah lagi karya Melayu daripada Shahnon Ahmad (corrected, thanks to the comment by Anonymous in the Comments sectionthank you!) yang pernah saya baca ialah Ranjau Sepanjang Jalan. Saya amat menghayati gaya penulisan beliau dan sepastinya akan cuba membaca sebanyak-banyak hasil karyanya.

NOTA: Ini adalah percubaan pertama saya mengulas buku dalam Bahasa Melayu. Harap dimaafkan sekiranya terdapat silap dan salah.